skip to Main Content
1MET4 Bootcamp Di Kelana Jaya

1MET4 Bootcamp di Kelana Jaya

Alhamdulillah, selesai sudah sessi 1MET4 bootcamp untuk usahawan Kelana Jaya. Bertempat di Dewan Gemilang Felda dan kehadiran seramai 250 orang. Seronok dapat merasai peluang bertemu dengan usahawan dan pelajar yang hebat-hebat belaka ni.

Apa itu 1MET4 Bootcamp?

1MET4 Bootcamp ni adalah sessi 2 hari hujung minggu untuk usahawan-usahawan. Bootcamp ni akan berjalan di serata Malaysia dan kalau ada kenalan korang yang berminat, boleh sertai sebab penyertaan adalah percuma; makan minum disediakan.

Selepas ini, 1MET4 Bootcamp ni akan berlangsung di Sungai Petani pula. Kalau nak tengok senarai penuh bootcamp, boleh ke official website diorang dan daftar di sana.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search