skip to Main Content

6 Panduan Membuat Laman Web

Saya dah bercerita tentang bagus atau tidak membuat laman web sendiri di 3 Perkara yang Anda Perlu Ambil Kira Sebelum Membuat Laman Web Sendiri. Kali ini, saya nak memberi panduan untuk anda membuat laman web sendiri (jika anda bertekad nak buat sendiri juga).

Cadangan saya; Sila rancang betul-betul sebelum nak membuat laman web. Ramai yang saya jumpa, hangat-hangat tahi ayam je.. lepas tu bila dah stuck terus tak nak buat.

Selain itu;


1. Keluarkan duit

Jika mahu juga buat sendiri, keluarkan duit untuk membeli template website. BELI (bukan FREE tau) Template website banyak yang cantik-cantik dan murah. Google aje ‘premium html template‘. Atau, gunakan WordPress seperti yang saya cadangkan di bawah.

2. Gunakan WordPress

Jadkan WordPress sebagai platform website anda. WordPress ada banyak template murah-murah yang anda boleh beli sendiri dan pakai. Sila Google ‘premium wordpress template‘.

3. Banyakkan Membaca Tutorial

Yang ni tak dapat dielakkan. Pastikan bila anda google untuk tutorial tu, keywordnya tepat. Misalnya, kalau nak dapatkan tutorial tentang wordpress, cuba ‘Tutorial Laman Web WordPress’.

4. Guna Website Builder.

Secara peribadi, saya tidak galakkan anda menggunakan website builder seperti Wix. Ini kerana, apa yang ditawarkan adalah terhad. Pun begitu, tidak ada masalah jika anda mahu menggunakan website builder. Ramai juga di luar sana yang sudah berjaya dengan menggunakan website builder.

5. Rancang Betul-betul

Rancang betul-betul nak buat laman web tu. Contoh, anda spend 4 minggu untuk buat laman web. Setiap, hari anda gunakan 2 jam bagi tujuan ini. Maka:

  • Minggu pertama fokus kepada struktur laman web.
  • Minggu kedua fokus kepada isi kandungan.
  • Minggu ketiga baru buat laman web tu. Spend 2 minggu lebih kurang untuk buat laman web.

Kenapa perlu rancang betul-betul? Sebab dah ramai saya jumpa yang hangat-hangat tahi ayam.

6. Hadiri Kursus Membuat Laman Web

Kadang-kala anda akan stuck jika buat laman web sendiri ni. Maka, eloklah jika pergi kursus dan belajar selok-beloknya. Cuma, saya secara peribadi tak cadangkan anda habis duit pergi kursus membuat laman web MELAINKAN anda membuat bisnes laman web.

Semoga anda mendapat manfaat daripada guide saya di atas.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search