Artwork Web

Ada 4 contoh yang aku letak dalam portfolio web. Bila aku tengok balik aku gelak sorang-sorang. Aduhh…  sedihnya tengok website design 10 tahun lepas.

Tengoklah tu.. masa ni authoring tool paling best adalah Macromedia Dreamweaver sebelum dibeli oleh encik Adobe.

Ni landing untuk artwork web:

artwork-web

Ni contoh pertama dari subjek Interactive Multimedia. Ada gambar Pojie, Mat Yie, Ain dan aku. Tengok gambar background dia.. fuh!artwork-web-interactive-multimedia

Ni gambar projek Internet Computing. Tak silap aku, ni la first website yang aku code 100% sendiri dan guna PHP. Try and error je time tu. Kalau tak silap, projek ni aku buat dengan Asrul.artwork-web-internet-computing

Yang ni antara penyumbang kepada turning point dalam hidup aku. Kapasitor Online. Atas kiri ada gambar babi comel, Atas kanan ada screenshot game starcraft. Yang lukisan botak sengih tunjuk bontot tu aku lukis. Tapi aku tak pernah tunjuk bontot kat sapa2 dulu.artwork-web-kapasitor-online

Yang ni projek zaman Beta, yakni tahun pertama aku di Cyberjaya sekaligus merupakan tahun kedua aku di MMU artwork-web-multimedia-technology

Deduksinya adalah, sangat terharu apabila dapat melihat hasil kerja 10 tahun yang lepas. Kalau panjang umur dan blog ni masih ada, mungkin anak-anak aku dapat tengok hasil kerja ayah dia masa muda-muda dulu.

 

Rujukan:

  1. Siri Mengimbau Kisah Silam
  2. Resume Flash tahun 2004