skip to Main Content

Bagaimana membaca emel syarikat anda di dalam Gmail?

(Diterbitkan semula dari pos diĀ Kapasitor.net)

Adakah syarikat anda bekerja atau webhosting anda menggunakan webmail CPANEL? Selalunya, jika laman sesawang syarikat anda menggunakan Linux, kebarangkalian anda menggunakan webmel CPANEL adalah tinggi kerana CPANEL merupakan perisian yang selalu digunakan oleh syarikat pengehosan web (web hosting).

Masalah timbul apabila anda jarang membuka emel syarikat anda ini. Pada masa yang sama pula, anda membuka Gmail sentiasa sebab selalunya ada banyak nilai tambah (contoh: boleh chatting) tapi webmel syarikat cuma ada (sekadar) emel saja.

Dan mungkin pula ada staff @ pekerja anda yang gemar memberi alasan lapuk: Saya tak tahu la hari ni ada meeting atau Saya tak dapat pun emel encik. Jika staff @ pekerja anda sering memberi alasan sebegini, sila beri tutorial ini kepada mereka.

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana membaca emel webmel syarikat anda di dalam Gmail.

Sudah bersedia?

Langkah #1: log masuk (login) ke webmel CPANEL

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2301.jpg

Langkah #2: Ini adalah skrin lalai (default) anda. Jangan pilih mana-mana webmel lagi.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2302.jpg

Langkah #3: Pilih Forwarding Options

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2303.jpg

Langkah #4: Klik Add Forwarder

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2304.jpg

Langkah #5: Masukkan emel Gmail anda. Klik butang Add Forwarder. Selesai sudah.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/Bagaimana%20membaca%20emel%20webmel%20syarikat%20anda%20di%20dalam%20Gmail%20%2305.jpg

Selepas ini, setiap emel yang masuk ke webmel syarikat akan masuk juga ke Gmail anda.

Peringatan:

  1. Selain daripada Gmail, tutorial ini boleh juga digunakan untuk perkhidmatan emel yang lain seperti Yahoo Mail, Live Mail dan 1Malaysia Email.
  2. Tutorial ini hanya boleh digunakan untuk webmel berasaskan CPANEL sahaja.
  3. Emel syarikat anda tidak hilang. Tutorial ini akan salin dan hantar emel tersebut ke Gmail sahaja bagi kemudahan anda.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search