skip to Main Content
BAHTERA 2016 Panggilan Baharu Buat Bumipreneurs

BAHTERA 2016 Panggilan Baharu Buat Bumipreneurs

Saya mendapat panggilan bagi sesi soft-launch Program Bahtera 2016 untuk Bumipreneurs di Auditorium Kementerian Kewangan pada 14 September 2016. Jika tahun lepas saya mendapat slot bagi dalam Zon Ilmiah (program CPANEL Ninja), tahun ni saya sekali lagi mendapat jemputan bagi Zon Ilmiah. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penganjur.

Apa yang penting sangat BAHTERA ni?

Program ini penting bagi saya kerana terdapat 2 program yang berkait rapat dengan saya:
1. Slot Zon Ilmiah yang ditawarkan kepada saya
2. 1MET Bootcamp Video Pitch

Seperti yang saya selalu warwarkan kepada ahli kumpulan saya dalam sesi 1MET Bootcamp yang lepas, saya sangat menggalakkan penyertaan mereka dalam program 1MET Mentoring yang mana mereka akan dibimbing oleh usahawan-usahawan / mentor / coach yang hebat-hebat dalam merealisasikan perniagaan mereka.

bumipreneurs-bahtera-soft-launch

Soft launch BAHTERA 2016 – Bumipreneurs masa depan

Mengapa BAHTERA bagus untuk Bumipreneurs ?

Program BAHTERA Edisi Utara akan diadakan pada 8-9 Oktober 2016 di Park Avenue Hotel Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Program yang masih menggunapakai format edisi 2015 ini adalah sangat-sangat wajib untuk disertai kerana program ini membawakan usahawan-usahawan bumiputera dan segala macam aktiviti menarik khusus kepada usahawan bumiputera di Malaysia.

Terdapat 6 Zon yang wajib anda jelajah pada hari program tersebut. Zon-zon tersebut adalah:

Zon Bual Bicara – Membincangkan isu-isu serta penyelarasan kepada agenda memupuk
‘Bumipreneurs of Tomorrow’, dan membawakan penceramah yang mampu memberikan inspirasi, motivasi & perkongsian dengan tema yang bertepatan secara holistik.

Zon Bimbingan Usahawan – Membawakan pakar-pakar dari segenap keperluan perniagaan yang akan memberi bantuan kaunseling terhadap permasalahan usahawan melalui ‘1 to 1’ klinik. Antara bimbingan yang diberikan:

Zon Ilmiah – Merupakan komponen yang menyediakan ruang untuk peserta menimba ilmu serta mendapat kemahiran dalam format seminar intensif, atau “hands-on workshop”. Program memberikan penekanan strategi kepada perniagaan secara ‘Blue Ocean’, inovasi dalam perniagaan, strategi pembiayaan alternatif serta program berteraskan kluster terpilih.

Zon Peluang – Melibatkan lebih dari 20 agensi-agensi kerajaan, dan rakan ekosistem yang merupakan pemudahcara, atau mempunyai program atau bantuan untuk usahawan-usahawan wilayah Utara.

Zon Pitch – Mempunyai dua komponen utama:
1. Pitch coaching
a. 3 Coach akan berada onsite untuk membantu peserta menyediakan pitch mereka dari segi “elevator pitch”, “pitch for funding”, “ideation pitch” dan penyediaan “pitch video” untuk kempen crowdfunding.

2. Video Pitch Booth
a. Kemudahan video pitch untuk penghasilan video pitch berkualiti tinggi.
b. Peserta boleh membawa ThumbDrive untuk membawa Pitch mereka pulang, dan boleh digunakan pada masa lain.
3. Video Pitch Submission
a. Bagi program dan peserta 1MET Bootcamp untuk terpilih menyertai “1MET Mentoring and Coaching” Program

Zon Pameran – Booth pameran dan jualan produk-produk Bumiputera serta peluang-peluang untuk memulakan perniagaan kepada yang berminat.

Menarik bukan? Jom daftar untuk menyertai program BAHTERA 2016 Edisi Utara

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search