skip to Main Content
Berapa Anggaran Harga Website?

Berapa Anggaran Harga Website?

3 bulan lepas Karim Daud (bukan nama sebenar) memulakan perniagaan online menjual tudung. Hari ini, perniagaan online beliau sudah maju dan beliau mencari-cari anggaran harga website. Beliau juga mahu membeli kereta baru bagi memudahkan beliau mengangkut stok tudung yang banyak. Dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau ternampak sebuah showroom kereta Honda. Lantas, beliau pun melencongkan kenderaan beliau ke arah showroom tersebut.

Apabila menjejakkan kaki ke showroom itu, beliau disapa oleh penjual kereta yang tall, dark & handsome bernama Khairul bin Jantan yang berasal dari Kangar, Perlis. Jurujual itu bertanya:

Ya encik, nak beli kereta baru?

Karim Daud tersenyum. Beliau mahu menjawab soalan jurujual itu tapi lidah beliau kelu seolah-olah melihat Nadia Anuar (abaikan) di depan mata.  Apakah soalan yang patut Karim Daud tanya kepada Khairul bin Jantan?

  1. Berapa anggaran harga kereta Honda?
  2. Budget saya RM70 ribu, kereta Honda apa saya boleh dapat?
  3. Nadia Anuar kerja kat sini tak? *pipi merah

Ok berhenti. Saya bukan nak cerita pasal kereta Honda, saya nak cerita pasal website.

Sekarang tukar situasi. Katakanlah Karim Daud mahu mencari harga website yang sesuai untuk perniagaan online beliau. Beliau berjumpa dengan Khairul bin Jantan; seorang pembuat website yang bagus. Apakah soalan yang patut Karim Daud tanya kepada Khairul bin Jantan?

  1. Berapa anggaran harga website?
  2. Budget saya RM2 ribu, website apa saya boleh dapat?
  3. Awak kenal Nadia Anuar? *dahi berpeluh

Soalan yang tepat adalah B.

Untuk membuat website, Karim Daud perlu memberitahu Khairul bin Jantan berapa budget beliau. Daripada situ, barulah Khairul bin Jantan boleh membuat keputusan sama ada berbaloi atau tidak.

Secara logiknya, Karim Daud tak boleh membayar harga sebuah Perodua Axia untuk dapatkan sebuah Honda HRV. Sama saja situasinya dengan harga website. Di sini proses tawar-menawar harga akan berlaku. Jika Khairul bin Jantan rasakan harga itu terlalu rendah, beliau akan meminta supaya Karim Daud menaikkan budget beliau. Jika Karim Daud tak setuju, Karim Daud boleh mencari pembuat website yang lain dan bandingkan harga website mereka.

Pada pendapat saya, Karim Daud harus beli domain name dan web hosting dahulu. Yang tu murah je:

  1. Domain name: RM50/setahun
  2. Web hosting (yang ada CPANEL): RM150/setahun

Nak beli di mana? Cuba tengok pakej web hosting di  Karya Hosting.

Kemudian, terserah kepada budget. Kalau ada budget, upah orang. Kalau tak ada budget, guna wordpress dan ikut tutorial di youtube

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search