skip to Main Content

Day 1 – Yangon

Aku datang ke sini sebagai representative Lava Systems Sdn Bhd untuk bertemu dengan teknikal team CB Bank Myanmar. So far ok, tengok pula macam mana discussion antara CB Bank dengan team Myanmar kat sini.

Flight pukul 6:55 pagi, sampai ke Yangon pukul 9 pagi. Team Myanmar pick up kitorang kat airport, dan terus pegi ke pejabat diorang Diamond Palace.

Sini situasinya macam Malaysia tahun 80an dulu. Bas super sardin, Lori-bas pon sesak. Driver hati kering, setiap 2 minit hon. Tapi yang peliknya tak ada motor.

Patutnya kitorang ke Nibidor petang ni, tapi ada perubahan rancangan. Tido hotel malam ni, esok pick up lagi 2 org team dari Malaysia.. baru pegi Nibidor.

Contact dengan Dueng, kalo tak de aral melintang.. malam nanti Dueng bawak jalan-jalan naik kereta besar dengan driver. Dueng kat sini ada driver siot!!!

😀

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search