Mencari Pelajar Intern dalam Bidang Teknologi Maklumat

Bagi mencapai visi dan misi syarikat, saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya sedang mencari pelajar intern / praktikal untuk Karya Media. Jika anda / rakan / saudara-mara / sedang mencari tempat intern / praktikal, sila hubungi saya.

Kriteria pelajar intern / praktikal ialah:

  1. Sedang mengikuti program sijil/diploma/degree dalam bidang Teknologi Maklumat / Sains Komputer atau sebarang bidang berkaitan.
  2. Mempunyai pengetahuan dalam programming php & mysql ATAU pengetahuan dalam internet / social media marketing.
  3. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan MS Word, Excel & Powepoint.
  4. Mempunyai semangat mahu belajar.
  5. Mempunyai semangat mahu diajar.
  6. Tak banyak cengkadak.
  7. Tak banyak meroyan di Media Sosial.

Tempat intern / praktikal adalah di Dataran Prima, Petaling Jaya. Elaun akan diberikan. Saya memerlukan 2 orang pelajar intern / praktikal.