Peria Katak – 9 Kebaikan dan Khasiat yang Anda Perlu Tahu

PERIA KATAK atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan. Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan Nusantara dan Kepulauan Caribbean.

Peria Katak - 9 Kebaikan dan Khasiat yang Anda Perlu Tahu

PERIA KATAK terbukti sebagai alternatif dalam rawatan penyakit. Berikut adalah pelbagai khasiat peria katak:

  • Merawat darah bertoksin – Darah bertoksin adalah apabila sel darah merah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa,ginjal, hati, hempedu untuk berfungsi dengan sempurna dan akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik dan juga kanser.
  • Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
  • Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
  • Tenaga –peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
  • Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
  • Masalah hati – Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
  • Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan memakan kapsul peria katak semasa perut kosong pada awal pagi.
  • Psoriasis –peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
  • Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

*Perhatian, teks di atas adalah copy paste dari sumber lain dan digunakan hanya bagi tujuan demo untuk blog post saya sahaja

Comments

  1. […] saya olah semula mengikut keperluan SEO. Keyword yang saya guna adalah Peria Katak. Sila rujuk post ini untuk mendapatkan teks […]

  2. […] saya olah semula mengikut keperluan SEO. Keyword yang saya guna adalah Peria Katak. Sila rujuk post ini untuk mendapatkan teks […]

  3. […] saya olah semula mengikut keperluan SEO. Keyword yang saya guna adalah Peria Katak. Sila rujuk post ini untuk mendapatkan teks […]

Comments are closed.