skip to Main Content
Teringat Venice 2007

Teringat Venice 2007

Belek-belek gambar lama, aku terjumpa gambar-gambar aku ketika Kapasitor mendapat Special Mention dalam World Summit Award tahun 2007.

Selain daripada aku ke Venice dalam keadaan patah hati, aku juga ditemani oleh sahabat sekolah aku yang kebetulan berada di German. Baik betul beliau. Terima kasih sangat-sangat.

Motivasi aku pada zaman ini sangat jauh berbeza dengan sekarang. Suatu ketika dulu, Mashable, Techcrunch & tech news adalah makanan wajib setiap pagi. Dan Kapasitor.net hampir setiap hari ada je aku godek programmingnya. Saban hari graf Google Analytics adalah graf yang paling cantik pernah aku lihat dan paling lama aku pernah eksperimen.

Sekarang tidak lagi.

Sama ada motivasi aku sudah sangat tumpul, ataupun aku sudah tidak bersemangat seperti dahulu.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search