Sepanjang ER360, aku berjumpa dengan beberapa orang yang bertanya tentang membuat laman web (website) sendiri. Atas faktor kos, kebanyakan mereka lebih suka buat laman web sendiri.
Tapi, bagus ke buat sendiri?
Ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan sama ada nak buat sendiri atau hire website developer/freelancer.
1. Nilai 1 jam anda.
Berapa nilai 1 jam anda? Kalau nak tahu, guna formula di bawah ni:
Gaji bulanan anda/(8jamx5hari)
Katakan gaji anda rm4000, maka nilai anda sejam adalah RM100.
Katakanlah, anda menghabiskan 2jam sehari selama 30 hari untuk buat DIY website, maka RM100x2jamx30hari = RM6000.
Mungkin anda hanya perlu membayar sebanyak RM1000 sahaja untuk website anda jika anda jumpa website developer yang betul.
2. Pengetahuan Teknikal
Jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal, maka anda akan mengalami kesukaran bila anda stuck semasa kerja-kerja pembangunan.
Mungkin anda boleh Google untuk tahu penyelesaian masalah anda. Tapi, bukan semua jalan penyelesaian itu boleh dipakai. Kadangkala, jalan penyelesaian yang anda jumpa itu hanyalah clue kepada masalah anda.
3. Hasil yang Kurang Memuaskan
Disebabkan anda mahu berjimat, maka anda membuat laman web (website) sendiri sekadar apa yang anda mampu dengan menggunakan apa yang ada. Hasilnya? *tutup mulut tahan gelak.
Jika hasilnya kurang memuaskan, saya rasa.. itu akan memberi impak kepada jenama (brand) dan kredibiliti perniagaan anda. Tanya diri anda sendiri. Anda dah biasa window shopping di Zalora. Adakah anda mahu mengeluarkan duit dengan membeli barang yang sama di website yang err.. *tutup mulut tahan gelak.