4 Perkara Sensitif di Pasar Ramadan
Ramadan sudah berada di penghujung. Ada beberapa perkara yang tidak aku senangi terjadi di Pasar Ramandan
1. Makan di khalayak ramai
Masih ada bukan-muslim yang makan di pasar ramadan. 54 tahun merdeka sepatutnya mereka ini tahu dan faham apa itu bulan Ramadan, bulan puasa atau pun pasar Ramadan. Aku tidak terliur pun dengan makanan yang mereka makan (sebenarnya aku tak heran pon) tapi kan bagus jika jangan makan di hadapan kami? Hormatlah sikit!
2. Aurat dan pemakaian
Hal aurat juga aku kurang senang dan ini melibatkan muslim dan bukan-muslim. Pakai macam nak pegi clubbing pon ada. Betul apa yang ditayangkan dalam iklan 8tv yang kontroversi tu. Masalahnya, yang muslim pon ada jugak yang berpakaian begitu.
3. Pergaulan
Itu belum diambil kira pasangan-pasangan muda, melayu, romantis dan tak tahu malu berpeluk-peluk di pasar Ramadan. Secara serius, aku nak lari ke arah pasangan ini dan sepak buntut mereka. Wadehal? Kami yang sudah berkahwin dan ada lesen besar untuk sentuh-peluk-pegang-apa-saja pon kami tak buat di hadapan umum. Inikan pula setakat baru bercinta setahun-dua. Tergedik-gedik!
4. Peminta sedekah
Aku sedih melihat peminta sedekah di Pasar Ramadan terutamanya yang membawa budak-budak kecil. Sejak ada anak ni, aku rasa aku jadi lebih sensitif pada kemelaratan kanak-kanak. Orang dewasa aku tak heran sangat pasal kudrat ada. Kena pulak budak-budak kecil yang diorang bawa sekali adalah sebaya Nawfal (anak aku).
Cadangan:
1. Kawasan pasar Ramadan kena ada papan tanda khas macam papan tanda kawasan masjid. Antara lain, papan tanda tu kena tekankan tentang tata-susila yang perlu dijaga seperti JANGAN MAKAN DI KHALAYAK RAMAI, JANGAN MEMAKAI PAKAIAN YANG MENCOLOK MATA DAN JAGA ADAB PERGAULAN. Tapi, ada papan tanda pon tak guna jugak. Manusia berotak tapir ini selalunya tak baca papan tanda.
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana jabatan agama islam yang bertanggungjawab patutnya mengawal peminta sedekah ini. Sama ada muslim atau tidak peminta sedekah ini, berilah mereka duit zakat. Yang aku tengok, peminta sedekah dan amil zakat fitrah jaraknya cuma 2-3 tapak kedai aje. tapi takkan la amil tu tak boleh hubungi pejabat zakat “weh, sini ada ramai peminta sedekah. meh sini turun bagi diorang zakat.” Jangan lupa bawak polis sekali, mana tahu peminta sedekah ini dibelakangi oleh sindiket haram jadah.
Ada apa-apa yang ganjil di pasar Ramadan anda? Meh kongsi dengan aku 😉