skip to Main Content

10 minit dan RM130 setahun mungkin dapat mengubah hidup anda

Aku berkongsi dengan seorang rakan tentang betapa pentingnya beliau mempunyai portfolio online dalam perkembangan kerjayanya.

Kalau kerjaya korang berkaitan dengan dunia digital atau mahu kembangkan ‘reach’ kerjaya korang kepada lebih ramai audience, mungkin korang mahu guna tips aku.

Atas racunan aku, kawan aku ini menghabiskan RM 130 untuk membeli hosting di datakl.com dan sudah mula menghantar portfolionya ke situ.

Nama domainnya mengikut nama beliau, fizaril.com.

Rasionalnya mudah. Nama kita adalah satu jenama yang unik. Maka, kita jangan malu memasarkan jenama kita dan kita mesti bangga dengan jenama kita.

Maka, dari sudut konfiden.. jika aku mencari orang untuk kerja2 grafik.. maka aku lebih konfiden untuk melihat portfolio beliau di fizaril.com daripada facebook.com atau blogspot.com.

Kalau dia berani labur untuk jenama dia, maka insya allah dia takkan ‘lari’ bila aku beri dia kerja.

Bercakap pasal pelaburan..takkan lah RM130/setahun untuk peluang menambah rezeki itu terlalu sukar berbanding kotak rokok RM10/sehari ye tak?

Semoga rezeki beliau dan kita dipermudahkan. Amin.

-dihantar menggunakan WordPress untuk Android

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search