Menjaga Klien
Antara perkara yang penting dalam perniagaan adalah menjaga klien. Bergaduh dengan klien bukan satu perkara yang bagus walaupon kadang-kadang bukan kita yang salah. Walaupon kita menang kalau bergaduh dengan klien, tapi akhirnya kitalah yang sentiasa berada dalam situasi yang rugi.
Maka, yang perlu kita buat dalam menjaga klien adalah:
1. Cari dia dulu sebelum dia cari kita
Kadang-kadang, kita perlu update klien kita dalam pelbagai hal misalnya progres kerja, senarai benda yang kita dah buat atau saja-saja nak keep in touch. Maka, biasakan dengan call/mesej dia dahulu sebab ini akan menampakkan kita mempunyai inisiatif dan cekap.
2. Cari dia balik jika dia cari kita tapi tak dapat
Kadang-kadang dia mesej atau call tapi kita tak sempat respons. Dengan kadar segera, respons segera. Tak perlu kedekut kredit telepon atau kredit data. Bila kita tak respons segera dengan klien kita, nampak seperti kita nak lari
3. Jaga tone suara/mesej
Ni paling penting. Kalau dalam telefon, sentiasa dalam mood positif. Kalau tak pon, bercakap dalam telefon dengan senyum. Memang la klien kita tak nampak yang kita senyum, tapi bila kita bercakap dalam senyum, tone suara kita selalunya lebih positif