Naikkan Jenama Perniagaan Anda Menggunakan Email Signature
Email signature ni adalah perkara yang remeh tapi sebenarnya memainkan peranan penting dalam perniagaan anda. Aku baru update email signature aku, dan ini adalah beberapa tips yang aku mahu kongsi dengan korang.
*Aku ada share contoh email signature aku yang terbaru compare dengan yang lama di hujung post ini.
1. Tagline
Yang ni aku baru discover. Kadang-kadang, korang akan nampak emel signature panjang berjela dengan nasihat Jangan Print Emel, Selamatkan Dunia dengan Tidak Membazir Kertas dan tagline hebat daripada orang-orang yang tak ada kaitan dengan hidup korang. Since email is very personal, why not pakai je tagline aku sendiri. Walaupon tagline aku tak sebagus mana.. tapi, pedulikan.
2. Jangan guna gambar sebagai logo.
Kerap kali aku dapat emel ada attachment tapi sebenarnya attachment tu adalah logo syarikat. Kadang-kadang aku confuse sebab kalau emel ada attachment, yang mana satu attachment, yang mana satu logo? So, aku decided untuk buang je logo, tapi gantikan dengan HTML yang dekat dengan logo syarikat.
3. Links
Ni semua orang tahu. Tak perlu nak bebel banyak-banyak. Tapi aku nak improve sikit link ni dengan penggunaan Google Analytic URL Builder. Kenapa? sebab, aku nak tahu adakah email signature aku efektif dalam strategi penjenamaan. Yang ni memerlukan pengetahuan dalam Google Analytics. Jika tak tahu, minta bantuan daripada orang yang tahu.
4. Alamat Syarikat
Alamak, baru aku perasan betapa berjela-jelanya alamat syarikat dalam email signature aku yang sebelum ni. HODOH! Lantas, aku singkatkan kepada 2 baris je. Simple sikit ye tak?
Okey, aku share dengan korang email signature aku yang baru. Cuba bandingkan dengan yang sebelum ni.
Email signature baru
Email signature lama