skip to Main Content
Mentoring & Coaching Untuk 1MET Bootcamp 2016

Mentoring & Coaching untuk 1MET Bootcamp 2016

Bermula tahun 2016 ini, saya diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang fasilitator dalam program 1MET Bootcamp 2016. Program anjuran Kementerian Kewangan ini berlangsung di seluruh Malaysia seperti  Seberang Perai & Kota Kinabalu. Semasa program 1MET Bootcamp ini, para peserta diajar menggunakan Lean Canvas, teknik media social, asas kewangan dan elevator pitch. Program ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut dan selalunya dilakukan pada hujung minggu.

Program #1MET2016 tidak hanya berakhir 2 hari itu saja. Untuk tahun ini, para peserta 1MET sejak tahun 2013 sehingga 2016 berpeluang untuk menjadi mentee dan seterusnya layak untuk mengikuti program Mentoring & Coaching selama 6 bulan secara PERCUMA.

Apa benda Program Mentoring & Coaching 1MET Bootcamp 2016 ni?

Mentoring & Coaching adalah lanjutan daripada program 1MET Bootcamp 2016 yang mana para peserta (juga dipanggil sebagai Mentee) akan diletakkan di bawah seliaan mentor-mentor & coach-coach yang berdaftar dengan 1MET selama 6 bulan secara percuma.

Oleh itu, jika anda sudah menyertai program 1MET dari tahun 2013 – 2016, anda secara otomatik layak untuk memohon program Mentoring & Coaching ini.

Macam mana nak jadi Mentee?

Untuk memohon menjadi Mentee, anda haruslah merekod (dalam bentuk video) Elevator Pitch tentang idea perniagaan anda terlebih dahulu. Tak perlu lama sangat, cukup durasinya 1 minit atau 60 saat sahaja. Kemudian, setelah menghantar video tersebut, panel penilai akan membuat penilaian bagi menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk menyertai program Mentoring & Coaching ini.

Apa benda Elevator Pitch ni?

Elevator Pitch ialah presentasi perniagaan anda kepada bakal pelanggan dalam masa kurang daripada 60 saat. Kenapa dipanggil Elevator? Sebab selalunya anda hanya mempunyai kurang daripada 60 saat untuk menerangkan perniagaan anda kepada bakal pelanggan – sebelum fikiran bakal pelanggan anda ke laut.

Bawah ni ada contoh Elevator Pitch yang dilakukan oleh Puan Nadira Yusof ketika program 1MET di Kota Kinabalu, Sabah.

Tonton di Youtube

Jadi, jangan tunggu lama-lama sangat ya? Suruh kawan anda rakam Elevator Pitch anda dan hantar kepada secretariat secara online.

1MET Bootcamp 2016 Video Pitch

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search