skip to Main Content

Tatarajah (Configuration) untuk menggunakan Mozilla Thunderbird

Baru-baru ini aku dapat permintaan daripada seorang rakan sekerja untuk mencarikan aku satu perisian alternatif bagi menggantikan Microsoft Outlook. Aku teringat kepada satu perisian yang pernah aku gunakan sebelum ni iaitu Thunderbird.

Thunderbird adalah klien emel alternatif kepada Outlook. Kalau Outlook tu Microsoft yang buat, maka Thunderbird ni Mozilla yang buat. Apa yang bagusnya Thunderbird ni sebenarnya adalah tambahan (add-ons) yang banyak. Ada beribu-ribu tambahan yang boleh dimuat turun di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/thunderbird/

Ok, mari teruskan dengan tatarajah kita!

1. Muat turun Thunderbird di sini: http://www.mozilla.org/en-US/thunderbird/

2. Kemudian pasang (install) perisian tersebut.

3. Gunakan tatarajah di bawah bagi menambah akaun emel anda.

tatarajah mozilla thunderbird

tatarajah mozilla thunderbird (klik untuk besarkan gambar)

Sila ambil perhatian bahawa tatarajah emel di atas adalah bagi emel yang dibuat menggunakan CPANEL. Sila hubungi pegawai IT anda untuk maklumat lanjut. Jangan mesej saya kerana saya bukan pegawai IT anda ya? 😉

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search