skip to Main Content
Forensik Digital Menggunakan Wayback Machine (Siri 1)

Forensik Digital Menggunakan Wayback Machine (Siri 1)

Forensik Digital (Digital Forensics) adalah penyiasatan yang melibatkan peranti digital dalam jenayah siber (cyber crime). Di US, bagi mendapatkan bukti digital, terdapat pelbagai cara termasuklah menggunakan Wayback Machine.

Wayback Machine (WM) (https://archive.org/web/) adalah arkib digital dalam internet. Secara mudahnya, jika anda mempunyai laman web sendiri, Wayback Machine akan menggunakan crawler untuk menyimpan laman web anda. Bacaan selanjutnya ada di Wikipedia ya?

Apa kegunaan Wayback Machine?

Snapshot Laman Web

WM akan menyimpan snapshot laman web anda berdasarkan tarikh dan masa crawler dihantar. Jadi, jika anda sudah membuat beberapa kali penambahbaikan interface laman web, ada kemungkinan versi lama laman web anda ada tersimpan di WM.

Untuk masuk ke dalam senarai WM, anda tak perlu lakukan apa-apa. Jika laman web anda termasuk dalam senarai crawler, laman web anda akan dimasukkan secara otomatik.

Forensik Digital

Selain itu, WM juga boleh digunakan sebagai salah satu daripada teknik forensik digital. Ini disebabkan oleh kemampuan WM untuk menyimpan snapshot laman web tersebut. Apabila WM menyumpan snapshot laman web, imej dan gambar yang digunakan dalam laman web pada masa itu akan disimpan yang mana bahan-bahan tersebut boleh dijadikan bukti dalam kes mahkamah.

Ada beberapa kes mahkamah melibatkan copyright, intellectual property, trademark dan lain-lain yang bersandarkan pada maklumat di WM.

Bagaimana nak guna Wayback Machine?

Untuk menggunakan WM, anda hanya perlu masukkan URL ke kotak carian

wayback machine joharirahmad.com

Sebagai contoh, saya masukkan joharirahmad.com dalam kotak carian. Kemudian, hasil carian akan menunjukkan timeline tahun dan senarai snapshot laman web yang diambil. Misalnya:

  1. Snapshot 2014: https://web.archive.org/web/20140104054957/http://joharirahmad.com/
  2. Snapshot 2016: https://web.archive.org/web/20160205032600/http://joharirahmad.com/

Adakah Wayback Machine boleh dipercayai?

Ya. WM boleh dipercayai kerana penggunaannya yang meluas. Sebagai contoh, berikut adalah antara kes mahkamah yang menggunakan WM di Dunia dan Malaysia ialah:

  1. MARTEN TRANSPORT, LTD., Plaintiff, v. PLATTFORM ADVERTISING, INC pada 29/4/2016. Sumber: https://thetmca.com/federal-court-travels-wayback-and-takes-judicial-notice-of-internet-archive/
  2. Igor Girkin @ Strelkov post dalam VKontakte melibatkan pesawat Malaysia Airline MH17. Sumber: http://thediagonal.com/2015/09/19/digital-forensics-and-the-wayback-machine/
  3. PETROLIAM NASIONAL BHD & ORS V KHOO NEE KIONG. Sumber: https://anticyberforensics.wordpress.com/2010/01/20/e-mail-and-domain-names-petroliam-nasional-bhd-ors-v-khoo-nee-kiong/

Terdapat juga para akademik di Malaysia yang membuat kajian dan mangambil WM sebagai salah satu teknik dalam artikel / jurnal mereka. Contohnya ialah Assoc. Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim dalam jurnal Take me back: Validating the wayback machine

Next post: Muat turun snapshot Wayback Machine

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search