Lupa Renew Domain name
Jika bisnes anda banyak bergantung kepada website, maka lupa renew domain name adalah satu kecuaian yang sangat bahaya. Pelbagai masalah akan timbul apabile domain name berstatus “Expired”. Pada masa ini, pihak web hosting akan auto suspend akaun web hosting anda (hanya jika anda beli web hosting dan domain name pada tarikh yang sama). Email anda juga akan menerima akibat yang sama.
Saya lupa nak renew domain name, bukan sengaja
Pernah suatu ketika, salah seorang client saya call semula bertanyakan tentang websitenya. Client ini telah diremind untuk renew domain name & web hostingnya tapi tidak memberikan jawapan yang sewajarnya. Jadi, domain name & web hostingnya sudah kena suspend.
Apabila sudah kena suspend, saya masih lagi memberi reminder kepada beliau. Namnu, tidak diendahkah.
Jadi, apabila sudah beberapa lama kemudian.. client ini telefon saya bagi tujuan renewal, saya jadi risau. Ini kerana, domain namenya sudah lama (almost 3 bulan) tidak direnew. Masalah ini melarat hingga akhirnya domain name nya sudah release kepada public.
Saya tak boleh buat apa kalau domain name dah ada orang lain beli.
Website Recovery
Dalam kes client saya di atas, beliau dah lebih daripada 75 hari tidak renew domain name & web hosting. Apabila beliau menghubungi saya untuk merenew domain name tersebut, saya katakan bahawa sudah terlambat untuk renew. Saya terangkan juga tentang jangka hayat domain name. Tetapi, jika tiada siapa yang membeli domain name tersebut, bolehlah saya cuba dapatkan kembali.
Rezeki client saya baik kerana setelah saya periksa, tiada siapa yang membeli domain name tersebut. Sebelum membuat pembelian, saya memberikan beberapa peringatan kepada beliau:
- Website boleh saya restore kerana saya sentiasa menyimpan backup website client
- Saya tak boleh jamin bahawa email syarikat boleh restore. Kalau tak boleh, client kena buat semula email address dan email-email lama mungkin akan hilang (jika tak guna outlook)
Setelah client faham peringatan saya, saya teruskan pembelian di syarikat web hosting yang sama. Alhamdulillah, website & email dapat recover. Ini kerana:
- Saya membeli domain name & web hosting di syarikat web hosting yang sama.
- Support team web hosting tersebut sangat bagus
DataKL
Saya sudah berurusan dengan DataKL sejak tahun 2008 iaitu hampir 10 tahun lepas. Saya tertarik dengan pakej DataSuper dan sejak itu mula membayar hingga sekarang. Tetapi, yang paling bagus tentang DataKL adalah team supportnya yang bagus. Masalah saya di atas selesai selepas mendapat bantuan daripada en Mior dan en Fitri dari support team DataKL.
Oleh itu, jika anda berminat untuk mengetahui tentang DataKL, boleh cekidaut pakej web hosting di sini