skip to Main Content
Apakah Itu Google Analytics 4 (GA4)

Apakah itu Google Analytics 4 (GA4)

Google Analytics 4 (GA4) ialah versi terbaru Google Analytics. Disebabkan ini adalah versi ke empat, maka mudah dipanggil sebagai GA4 sahaja.

Versi yang sebelum ini, kita gunakan Google Analytics (GA) untuk mendapatkan data laman web. Antara data yang kita dapat adalah bilangan New Users, Bounce Rate, Sessions dan lain-lain

Untuk mendapatkan data Mobile App, kita perlu guna GA for Firebase atau GA App View.

Ini semua berubah dengan GA4. GA4 menggabungkan features di atas ke dalam satu GA Property. Kalau nak tahu lebih lanjut apa beza GA versi lama vs Ga4, korang boleh teruskan pembacaan.

Kenapa perlu guna GA4?

1. Google telah mengumumkan bahawa GA versi lama akan ditamatkan pada 1 Julai 2023. Oleh kerana tiada migrasi dari GA versi lama ke GA4, data-data yang terdapat pada GA4 adalah fresh & baru. Google turut mencadangkan supaya GA versi lama & GA4 berjalan serentak sementara menunggu penamatan GA versi lama.

2. Laporan format baru dalam Explorations adalah features baru yang menarik untuk belajar. Kalau korang suka tengok graf, boleh habiskan banyak masa korang untuk tengok graf dalam ni. Aku belum habis explore lagi laporan format baru ni. Sementara ni, pakai standard format lama dulu.

3. Enhanced Measurement yang terbaru kali ni mengambil kira beberapa jenis events. Misalnya: Page views, Scrolls, Outbound clicks, Site Search, Video Engagement, File Downloads & Form Interactions. Semua measurements ini tidak memerlukan code atau tagging tambahan. Hanya perlu manage dalam Data Stream Settings.

Oleh itu, bulan-bulan terakhir tahun 2022 ini akan digunakan untuk aku mula gunakan GA4 pada clients aku. Setting up satu persatu GA4 property agak leceh sebenarnya. Tapi, disebabkan GA versi lama akan ditamatkan Julai tahun depan, adalah penting aku belajar definisi metrics terbaru, event tracking & laporan dalam GA4 ni.

Definisi GA4 Bounce Rate

Konsep Bounce Rate dah berubah dalam GA4. Maka, clients yg selalu menggunakan metric Bounce Rate ni perlu diberi pendedahan segera supaya diorang lebih faham dengan measurement baru ni.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search