(Diterbitkan semula dari pos diĀ Kapasitor.net)
Adakah syarikat anda bekerja atau webhosting anda menggunakan webmail CPANEL? Selalunya, jika laman sesawang syarikat anda menggunakan Linux, kebarangkalian anda menggunakan webmel CPANEL adalah tinggi kerana CPANEL merupakan perisian yang selalu digunakan oleh syarikat pengehosan web (web hosting).
Masalah timbul apabila anda jarang membuka emel syarikat anda ini. Pada masa yang sama pula, anda membuka Gmail sentiasa sebab selalunya ada banyak nilai tambah (contoh: boleh chatting) tapi webmel syarikat cuma ada (sekadar) emel saja.
Dan mungkin pula ada staff @ pekerja anda yang gemar memberi alasan lapuk: Saya tak tahu la hari ni ada meeting atau Saya tak dapat pun emel encik. Jika staff @ pekerja anda sering memberi alasan sebegini, sila beri tutorial ini kepada mereka.
Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana membaca emel webmel syarikat anda di dalam Gmail.
Sudah bersedia?
Langkah #1: log masuk (login) ke webmel CPANEL
Langkah #2: Ini adalah skrin lalai (default) anda. Jangan pilih mana-mana webmel lagi.
Langkah #3: Pilih Forwarding Options
Langkah #4: Klik Add Forwarder
Langkah #5: Masukkan emel Gmail anda. Klik butang Add Forwarder. Selesai sudah.
Selepas ini, setiap emel yang masuk ke webmel syarikat akan masuk juga ke Gmail anda.
Peringatan:
- Selain daripada Gmail, tutorial ini boleh juga digunakan untuk perkhidmatan emel yang lain seperti Yahoo Mail, Live Mail dan 1Malaysia Email.
- Tutorial ini hanya boleh digunakan untuk webmel berasaskan CPANEL sahaja.
- Emel syarikat anda tidak hilang. Tutorial ini akan salin dan hantar emel tersebut ke Gmail sahaja bagi kemudahan anda.