skip to Main Content

Bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail?

(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)

Tutorial ini akan memudahkan urusan kerja anda terutamanya kerja-kerja yang melibatkan emel. Jika anda hanya menggunakan satu emel dalam segala urusan kerja anda maka tidak mengapa. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai banyak emel (satu emel untuk kegunaan peribadi, satu untuk kegunaan kerja satu emel lagi untuk kegunaan skandal) maka pasti anda jenuh nak login satu persatu setiap emel itu, betul?

Jangan risau! Saya ada cara untuk memudahkan kerja anda denganĀ bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail.

Langkah #1: Login ke Gmail anda. Klik pada Settings. Kemudian, cari tab Accounts and Import. Klik tab tersebut.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2301.jpg

Langkah #2: Klik pada Send mail from another address (Hantar mel daripada alamat lain)

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2302.jpg

Langkah #3:Masukkan nama dan alamat emel yang lain. Dalam tutorial ini, saya menggunakan emel baruĀ johari@abc.com. Kemudian, klik pada Next Step >>

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2303.jpg

Langkah #4:Pilih Send through Gmail (pilihan pertama). Dengan cara ini, emel anda akan melalui mel pelayan (server) Gmail dan sememangnya lebih mudah. Setelah selesai, klik pada Next Step >>

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2304.jpg

Langkah #5: Sahkan emel anda. Satu emel pengesahan berserta pautan khas akan dihantar ke emel anda. Klik pada Send Verification.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2305.jpg

Langkah #6: Emel sudah dihantar. Sila tunggu sehingga emel itu sampai. Sementara itu, skrin di bawah akan kelihatan.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2306.jpg

Langkah #7:Login ke webmel anda. Emel pengesahan daripada Gmail sudah pun masuk. Buka email tersebut.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2307.jpg

Langkah #8: Berikut adalah contoh emel pengesahan daripada Gmail. Klik link panjang di bawah ataupun salin semula Confirmation Code dan masukkan ke dalam Langkah #6

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2308.jpg

Langkah #9: Selesai! Anda sudah mempunyai satu lagi alamat emel dalam Gmail.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2309.jpg

Langkah #10: Untuk menghantar emel menggunakan emel lain, sila pilih daripada drop-down menu yang tertera setiap kali anda mahu menghantar emel.

http://www.kapasitor.net/images/tutorial-gmail/2/Bagaimana%20membalas%20emel%20dengan%20menggunakan%20emel%20lain%20dalam%20Gmail%20%2310.jpg

Peringatan:

  1. Tutorial ini hanya untuk pengguna Gmail sahaja.
  2. Gambar yang diambil mungkin berlainan daripada yang sebenar bagi melindungi data-data yang tertentu.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search