X
    Categories: Bebel

Berhenti label diri anda sebagai freelancer

Kerja dah siap & client dah start guna tapi dah 3 bulan client masih tak nak buat payment. Alasan macam2 diberi. Boss tak de lah,  2nd boss bercutilah. Last-last baru sedar dah kena tipu.

Nama pun ‘freelancer’. Memang cukup senang kena tipu.

Ubah mindset anda kepada impian yang lebih besar. Sampai bila mahu dilabel sebagai ‘freelance designer’, ‘freelance writer’ atau ‘freelancer programmer’? Label diri anda sebagai ‘Business Owner’ bukan ‘Freelancer’

Semat dalam hati, “Lepas dapat duit job projek XYZ ni aku nak pegi daftar syarikat”. Jangan fikir “Lepas dapat duit job projek XYZ ni aku nak beli iphone5” padahal telefon yang ada pakai sekarang ni dah cukup canggih.

Ya, lepas dah daftar syarikat baru sila establish website anda pula ya?

(Daftar syarikat pon belum tentu selamat daripada kena tipu tapi sekurang-kurangnya insya Allah orang takut nak tipu anda)

Semoga Allah berkati usaha anda, ameen.

 

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.