Bagaimana mengaktifkan Curl dalam XAMPP ?
1. Buka fail php.ini 2. Cari 'curl' 3. Buang comment extension curl itu. 4. Simpan dan ulang-semula (restart) Apache 5. Atau, pergi ke Services.msc dan ulang-semula (restart) Apache dari situ. Yosh!
1. Buka fail php.ini 2. Cari 'curl' 3. Buang comment extension curl itu. 4. Simpan dan ulang-semula (restart) Apache 5. Atau, pergi ke Services.msc dan ulang-semula (restart) Apache dari situ. Yosh!
Aku benci betul aksara bukan ASCII. Contohnya:� Bongek betul. Lantas aku mencari kaedah utk membuang kod ini. Iaitu: $output = "Clean this copy of invalid non ASCII äócharacters."; $output = preg_replace('/[^(\x20-\x7F)]*/','', $output); echo($output); Sumber: http://www.stemkoski.com/php-remove-non-ascii-characters-from-a-string/
Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku dan maafkan aku
Fungsi ini sudah aku ubahsuai menjadi Bahasa Melayu. Gunanya untuk mengformat semula tarikh daripada "27 Ogos 2011" menjadi "2 hari lepas". Rujukan: http://www.php.net/manual/en/function.time.php#89415 <?php function nicetime($date) { if(empty($date)) { return "No date provided"; } $periods = array("second", "minute", "hour",…
Ramadan sudah berada di penghujung. Ada beberapa perkara yang tidak aku senangi terjadi di Pasar Ramandan
(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)
FTP ialah File Transfer Protocol iaitu Protokol Menghantar Fail yang digunakan secara meluas di dalam pembikinan laman web. Walau bagaimanapun, tidak semua transaksi berlaku dalam FTP adalah yang melibatkan pembikinan laman web, ada juga yang menggunakannya untuk menghantar fail peribadi yang bersaiz besar kepada rakan anda.
Secara umumnya, FTP memerlukan url ke pelayan (server), kata nama (username) dan kata laluan (password). Ini selalunya diberikan oleh tuan punya server.
Dalam contoh ini, kita akan menggunakan FTP klien bernama Filezilla. Muat turun FTP klien Filezilla di sini atau http://filezilla-project.org/download.php?type=client
(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)
Adakah syarikat anda bekerja atau webhosting anda menggunakan webmail CPANEL? Selalunya, jika laman sesawang syarikat anda menggunakan Linux, kebarangkalian anda menggunakan webmel CPANEL adalah tinggi kerana CPANEL merupakan perisian yang selalu digunakan oleh syarikat pengehosan web (web hosting).
Masalah timbul apabila anda jarang membuka emel syarikat anda ini. Pada masa yang sama pula, anda membuka Gmail sentiasa sebab selalunya ada banyak nilai tambah (contoh: boleh chatting) tapi webmel syarikat cuma ada (sekadar) emel saja.
Dan mungkin pula ada staff @ pekerja anda yang gemar memberi alasan lapuk: Saya tak tahu la hari ni ada meeting atau Saya tak dapat pun emel encik. Jika staff @ pekerja anda sering memberi alasan sebegini, sila beri tutorial ini kepada mereka.
Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana membaca emel webmel syarikat anda di dalam Gmail.
Sudah bersedia?
(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)
Tutorial ini akan memudahkan urusan kerja anda terutamanya kerja-kerja yang melibatkan emel. Jika anda hanya menggunakan satu emel dalam segala urusan kerja anda maka tidak mengapa. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai banyak emel (satu emel untuk kegunaan peribadi, satu untuk kegunaan kerja satu emel lagi untuk kegunaan skandal) maka pasti anda jenuh nak login satu persatu setiap emel itu, betul?
Jangan risau! Saya ada cara untuk memudahkan kerja anda dengan bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail.
Baru-baru ini aku dapat permintaan daripada seorang rakan sekerja untuk mencarikan aku satu perisian alternatif bagi menggantikan Microsoft Outlook. Aku teringat kepada satu perisian yang pernah aku gunakan sebelum ni iaitu Thunderbird.
Thunderbird adalah klien emel alternatif kepada Outlook. Kalau Outlook tu Microsoft yang buat, maka Thunderbird ni Mozilla yang buat. Apa yang bagusnya Thunderbird ni sebenarnya adalah tambahan (add-ons) yang banyak. Ada beribu-ribu tambahan yang boleh dimuat turun di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/thunderbird/
Ok, mari teruskan dengan tatarajah kita!
Tujuan blog ni dibuat adalah untuk aku berkongsi ilmu dan pendapat. Tak ada benda-benda peribadi sangat. Kalau ada apa-apa yang anda boleh pelajari di sini, ambillah dan aku doakan supaya ilmu dan pendapat yang anda ambil dari sini akan digunakan…