X
    Categories: Downloads

(Ebook Percuma) Cara Membuat Pemasaran Email

Selalu dapat email daripada Lelong, Groupon, Zalora atau Lazada? Setiap minggu/bulan, anda sentiasa dapat email tentang update terbaru diorang. Mesti seronok bila anda dapat reach/inform potential customer menggunakan newsletter email setiap minggu/bulan kan? Nak tahu cara membuat pemasaran email macam online store tersebut?

Mudah. Saya ada resepi untuk itu.

Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara mudah untuk anda membuat sendiri pemasaran email. Pemasaran email sangat bagus, mudah, murah (kadang-kadang percuma) dan menjimatkan masa anda. Sebagai contoh. Setiap post daripada blog saya akan dihantar secara otomatik kepada subscriber blog saya. Tak perlulah saya nak email blast secara manual.

Ok, cukup berceloteh. Berikut adalah resepi untuk membuat pemasaran email untuk perniagaan anda.

Bahan-bahannya adalah:

1. Website anda.
2. Dapatkan link RSS Feed website anda.
3. Anda harus mempunyai mailing list / senarai email untuk dihantar
4. Akaun Mailchimp percuma
Dah ada bahan-bahan di atas? Download Ebook Pemasaran Email untuk Usahawan Online yang saya tulis ni dan ikut step by step. Dalam masa kurang dari 1 jam, insya Allah anda dah boleh buat pemasaran email sendiri.

Semoga Berjaya!

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

This website uses cookies.