X
    Categories: Berita

Jawatan Kosong sebagai Runner di Kuala Lumpur

Sedang mencari pendapatan sampingan? Hari raya menjelang tiba tapi baju raya anda belum siap lagi? Atau, bajet anda tidak cukup untuk persiapan anak-anak (atau isteri) anda? Atau, gaji yang ada tidak cukup dan memerlukan dana tambahan? Berita baik kepada anda semua kerana andalah yang kami cari! Kami di Dego menawarkan jawatan kosong sebagai runner (part-time & full-time) di Kuala Lumpur / Selangor kepada yang berkelayakan.

Apa yang perlu anda lakukan?

Senang saja. Anda hanya perlu menggunakan skil & aset anda (motorsikal & telefon smartphone) untuk menghantar makanan segera di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Anda mungkin perlu bekerja mengikut shift, pada hari minggu atau cuti awam. Anda (dan aset anda) akan ditempatkan di restoran terpilih sahaja. Penghantaran makanan akan dilakukan dalam lingkungan 10km daripada restoran tersebut.

Syarat-syarat untuk jawatan ini.

Untuk mengisi jawatan ini, ada syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Anda mestilah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen motorsikal yang sah
  3. Mempunyai motorsikal sendiri
  4. Mempunyai smartphone sendiri
  5. Berumur 16 tahun ke atas
  6. Menetap di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Pendapatan lumayan

Rebut peluang jawatan kosong sebagai runner pada 19 Jun-9 Julai 2017 dengan menjana pendapatan lumayan sehingga RM100++ sehari. Kami mempunyai jawatan secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Jika anda masih menggaru kepala mencari pendapatan sampingan, apa kata anda gunakan peluang ini untuk mencari duit raya juga!

Berminat untuk menyertai kami?

Sertai kami dengan menghantar Whatsapp ke +60173591179 atau https://wasap.my/+60173591179 sekarang!

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.