skip to Main Content
Kursus HRD Corp TTT Train-The-Trainer Certification

Kursus HRD Corp TTT Train-The-Trainer Certification

Pernah dengar tentang Kursus HRD Corp TTT Train-The-Trainer Certification? Kali ni aku nak berkongsi tentang kursus ini dan bagaimana cara nak mendaftar & menyertai kursus tersebut.

Kenapa perlu Kursus HRD Corp TTT?

Memperbaiki modul latihan sedia ada

Kesedaran ini bermula apabila aku ada membuat beberapa siri latihan kepada kawan-kawan seperti Latihan Pemasaran Digital
Untuk Perniagaan Runcit dan juga Tiktok Promote. Aku rasa ada keperluan bagi meningkatkan pengetahuan & kemahiran aku dalam sesi latihan. Maka, aku memilih untuk mengikuti Kursus HRD Corp TTT.

Perbaharui Ts dan markah CPD

Selain itu, latihan merupakan antara aktiviti yang boleh didaftarkan untuk markah Continuing Professional Development (CPD) dan memperbaharui Professional Technologist (Ts). Untuk pengetahuan korang, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan dihantar bagi CPD tersebut. Salah satunya adalah Informal Education. Korang boleh semak senarai penuh aktiviti yang menyumbang kepada CPD di pautan ini.

Bagaimana menyertai program Kursus HRD Corp TTT?

Cari penyedia latihan (training provider) yang berdaftar

Untuk menyertai Kursus HRD Corp TTT ni, aku ketemu dengan Access Ideas (M) Sdn Bhd – sebuah syarikat penyedia latihan (training provider) yang berdaftar dengan HRD Corp. Korang boleh tengok senarai 1000+ penyedia latihan yang berdaftar dengan HRD Corp.  Access Ideas ada menyediakan online registration untuk kesemua program mereka.

Tapi, secara jujurnya aku Google dan terjumpa beberapa video En. Ahmad Fauzan Othman. Since penerangan beliau dalam video tu sangat baik, maka aku ambil keputusan untuk daftar dengan syarikat beliau aje.

UPDATE: Kursus HRD Corp TTT anjuran Access Ideas (M) Sdn Bhd boleh ditebus 5 CPD points. Sila berhubung dengan pihak mereka.

Apa struktur program Kursus HRD Corp TTT?

Harga

Untuk program latihan bersemuka ini.. yurannya adalah RM2,788.00. Program ini berlangsung selama 5 hari yang mana ia bermula pada Sabtu (17 Jun 2023) sehingga Rabu (21 Jun 2023) di Hotel Dorsett Putrajaya. Pihak pengurusan terlebih dahulu telah menghantar Course Outline & Course Schedule untuk rujukan aku. Selain itu, para peserta juga diberi folder & bahan-bahan lain sebagai tambahan di sepanjang sesi kursus.

Kandungan kursus

Di akhir kursus ini, para peserta akan mampu:

✓ Understand core theories and concepts related to adult learning
✓ Plan and execute a Training Needs Analysis
✓ Develop competency-based training programme
✓ Deliver effective training session
✓ Plan for learning retention assessment

Nota: Maaf, malas nak translate ke Bahasa Melayu

2 hari pertama adalah sesi penerangan tentang keperluan sebagai seorang Trainer dan 2 hari berikutnya adalah penyediaan bagi presentation 15 minit. 1 hari terakhir adalah sesi presentation dan juga keputusan sama ada lulus atau gagal sebagai HRD Corp Trainer

Presentation 15 minit

Pada hari terakhir, setiap orang perlu membuat presentation selama 15minit dan perlu mematuhi segala struktur latihan yang telah diajar dari hari pertama.

Apa lanjutan selepas lulus dan bergelar Certified HRD Corp Trainer?

Login ke Portal TDMS

Pihak HRD Corp akan menghantar sijil HRD Corp Certified Trainer ke email korang. Selain itu, korang akan diberi akses ke portal TDMS

Daftar sebagai Accredited Trainer

Semua trainers yang mendapat & berstatus TTT Certified Trainer perlu menjadi Accredited Trainer untuk menjalankan sebarang kursus latihan di bawah dana HRDF. aku bercadang untuk upgrade menjelang hujung tahun ni. Syarat-syarat untuk Accredited Trainer aku akan kongsi kemudian hari.

Peserta Kursus HRD Corp TTT batch 99

Semoga perkongsian aku ni dapat membantu korang!

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search