X

Lupa Renew Domain name

Jika bisnes anda banyak bergantung kepada website, maka lupa renew domain name adalah satu kecuaian yang sangat bahaya. Pelbagai masalah akan timbul apabile domain name berstatus “Expired”. Pada masa ini, pihak web hosting akan auto suspend akaun web hosting anda (hanya jika anda beli web hosting dan domain name pada tarikh yang sama). Email anda juga akan menerima akibat yang sama.

Saya lupa nak renew domain name, bukan sengaja

Pernah suatu ketika, salah seorang client saya call semula bertanyakan tentang websitenya. Client ini telah diremind untuk renew domain name & web hostingnya tapi tidak memberikan jawapan yang sewajarnya. Jadi, domain name & web hostingnya sudah kena suspend.

Apabila sudah kena suspend, saya masih lagi memberi reminder kepada beliau. Namnu, tidak diendahkah.

Jadi, apabila sudah beberapa lama kemudian.. client ini telefon saya bagi tujuan renewal, saya jadi risau. Ini kerana, domain namenya sudah lama (almost 3 bulan) tidak direnew. Masalah ini melarat hingga akhirnya domain name nya sudah release kepada public.

Saya tak boleh buat apa kalau domain name dah ada orang lain beli.

Website Recovery

Dalam kes client saya di atas, beliau dah lebih daripada 75 hari tidak renew domain name & web hosting. Apabila beliau menghubungi saya untuk merenew domain name tersebut, saya katakan bahawa sudah terlambat untuk renew. Saya terangkan juga tentang jangka hayat domain name. Tetapi, jika tiada siapa yang membeli domain name tersebut, bolehlah saya cuba dapatkan kembali.

Rezeki client saya baik kerana setelah saya periksa, tiada siapa yang membeli domain name tersebut. Sebelum membuat pembelian, saya memberikan beberapa peringatan kepada  beliau:

  1. Website boleh saya restore kerana saya sentiasa menyimpan backup website client
  2. Saya tak boleh jamin bahawa email syarikat boleh restore. Kalau tak boleh, client kena buat semula email address dan email-email lama mungkin akan hilang (jika tak guna outlook)

Setelah client faham peringatan saya, saya teruskan pembelian di syarikat web hosting yang sama. Alhamdulillah, website & email dapat recover. Ini kerana:

  1. Saya membeli domain name & web hosting di syarikat web hosting yang sama.
  2. Support team web hosting tersebut sangat bagus

DataKL

Saya sudah berurusan dengan DataKL sejak tahun 2008 iaitu hampir 10 tahun lepas. Saya tertarik dengan pakej DataSuper dan sejak itu mula membayar hingga sekarang. Tetapi, yang paling bagus tentang DataKL adalah team supportnya yang bagus. Masalah saya di atas selesai selepas mendapat bantuan daripada en Mior dan en Fitri dari support team DataKL.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mengetahui tentang DataKL, boleh cekidaut pakej web hosting di sini

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.