Macam Mana Nak Dapatkan Ts.
Alhamdulilah, permohonan aku sebagai Professional Technologist (Teknologis Professional) dah diluluskan pada Julai 2021 yang lepas. So, aku nak share pengalaman macam mana nak dapatkan Ts dan membolehkan aku untuk menggunakan gelaran singkatan Ts. di depan nama aku.
Ts ni apa?
Ketahui cara untuk memohon sebagai Ts. Ts. ni adalah singkatan gelaran yang diberikan kepada mereka yang telah diluluskan sebagai Professional Technologist di Malaysia. Organisasi yang bertanggungjawab adalah MBOT
Macam Mana Nak Dapatkan TS ?
Ikuti langkah-langkah di bawah
- Langkah 1: Daftar sebagai Graduate Technologist
- Langkah 2: Daftar untuk Professional Assessment
- Langkah 3: Daftar sebagai Professional Technologist
Langkah 1: Daftar sebagai Graduate Technologist
Ini langkah pertama. Daftar dulu kemudian bayar RM50. Tunggu sehingga permohonan sebagai Graduate Technologist ini diluluskan oleh MBOT. Aku daftar dulu pada Nov 2019.
Langkah 2: Daftar untuk Professional Assessment
Lepas Langkah 1 diluluskan, mohon pula untuk sesi assessment. Ada 4 kriteria untuk mohon sebagai memohon untuk menduduki sesi Professional Assessment ini:
- Mesti dah lulus sebagai Graduate Technologist
- Minimum 3 tahun bekerja mengikut bidang tertentu.
- Membuat bayaran yang diperlukan (RM600 dan tidak boleh dipulangkan semula/non-refundable)
- Memenuhi kriteria yang ditentukan oleh MBOT.
Aku apply untuk sesi assessment ni pada bulan Mac 2021 semasa PKP, maka assessment aku berlaku secara online pada bulan April 2021. Nanti bila dah dapat tarikh yang ditetapkan, korang akan dapat satu kit interview. Kit interview ni akan menerangkan tentang sesi interview tu nanti.
Tips untuk interview
- Interview dibuat dalam skype. Make sure buat rehearsal sebelum interview in case equipment korang bermasalah pada hari kejadian.
- Goreng on your own risk tapi jangan kencing. Orang-orang yang akan conduct assessment korang adalah orang yang hebat-hebat.
- Make sure korang tahu bidang korang.
- Aku introduce diri aku sebagai busines owner. Maka, dapat beberapa soalan tentang business & macam mana nak manage projects
- Kod etika apabila sudah dapat Ts. Apa yang boleh dibuat? Apa yang tak boleh dibuat?
Selepas sesi interview ni, bukan terus lulus. Sabar. Tunggu kelulusan MBOT.
Langkah 3: Daftar sebagai Professional Technologist
Aku dapat keputusan assessment aku pada bulan Jun 2021. Dan, selepas buat pembayaran RM350, harus menunggu kelulusan daripada MBOT sekali lagi. Atas sebab-sebab tertentu, permohonan aku sebagai Professional Technologist terlewat sedikit dan diluluskan pada Julai 2021
Nota:
Selepas dapat Ts, make sure kena bayar renewal RM200 dan wajib penuhi jam Continuing Professional Development (CPD) dan perlu direkodkan dalam sistem CPD MBOT
Selamat maju jaya!