skip to Main Content
Malaysia Commercialization Year 2016

Malaysia Commercialization Year 2016

Jika anda jawab “YA” kepada mana-mana satu persoalan di bawah, anda harus hadir ke Malaysia Commercialization Year (MCY 2016), 8 dan 9 December 2016, di KL Convention Center:

1. Anda nak berniaga, tapi tiada idea, tak tahu bagaimana.
2. Anda dah berniaga, tapi untung dan revenue tak meningkat, kos semakin tinggi, perlukan teknologi untuk membantu, tapi tak tahu teknologi apa yang perlu.
3. Anda teringin nak bina perniagaan berimpak tinggi, inovatif, menjadi tekno-preneur, tetapi anda sendiri tak tau teknologi.
4. Anda ibarat Steve Jobs – pakar dalam business, anda perlu cari Steve Wozniack anda, pakar teknologi untuk anda bina “Apple” anda sendiri.
5. Anda selalu dengar mengenai teknologi, inovasi, tapi anda tak tau apa itu sebenarnya, anda tak pasti relevan nya kepada anda dan perniagaan anda, sama ada anda perlu atau tidak.
6. Anda rasa, perniagaan teknologi tinggi ini hanya untuk mereka yang tahu teknikal.
7. Anda nak mencari satu kelainan untuk perniagaan anda.
8. Anda berniaga tudung, perlu apa teknologi? Bagaimana nak inovasikan tudung? Atau baju? Atau produk makanan, atau produk kecantikan?
7. Anda nak jumpa rakan-rakan usahawan, dan pakar-pakar peniagaan.
8. Anda nak jalan-jalan di KLCC

Hadirkan diri di Tech Matching and Business Facilitation Clinic, semasa MCY 2016. Ubah nasib anda dan perniagaan anda. Layari http://mcysummit2016.mosti.gov.my/ untuk maklumat lanjut atau hubungi 013 3979147 – Khairunnisa untuk sebarang pertanyaan.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search