X

Mengapa Harga Laman Web Berbeza-beza?

“Mahalnya harga laman web kau, kakak-ipar-aku-punya-abang-sedara boleh bagi lagi murah!”

Dahlan hampir tersedak apabila Remy berkata begitu. Ini merupakan pertemuan pertama mereka. Remy memerlukan seseorang untuk membina laman web eCommerce beliau dan telah ketemu Dahlan. Remy bercerita tentang laman web eCommerce yang diperlukannya dan mahu tahu berapa harga laman web. Antara benda yang diperlukan adalah shopping cart, pengurusan produk, pengurusan order dan payment gateway. Malangnya, Remy tidak kenal sesiapa yang pandai tentang laman web ecommerce. Oleh itu, beliau cari saja di Google.

Dahlan pula seorang yang pandai dalam selok belok Search Engine Optimization (SEO) dan Berjaya menempatkan diri beliau dalam 1st page di Google. Merupakan seorang Freelancer Web yang Boleh Dipercayai, Dahlan memberikan harga beliau yang ternyata jauh berbeza dengan apa yang kakak-ipar-aku-punya-abang-sedara berikan.

Dahlan: Bro, kalau kakak-ipar-aku-punya-abang-sedara kau boleh buat lagi murah, apsal kau tak suruh dia je buat?

Remy: *terkedu

Persoalannya, mengapa harga laman web berbeza-beza?

Sebenarnya, tidak ada standard dalam menentukan harga laman web. Membuat laman web adalah satu jenis perkhidmatan. Dah tentu hak setiap individu menentukan berapa harga yang setimpal untuk perkhidmatannya. Setiap Freelancer Web / Agensi Web akan meletakkan harga berbeza-beza mengikut:

  1. Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan laman web.
  2. Lain-lain kos lain yang diperlukan (payment gateway, plugins dan lain-lain).
  3. Nilai tambah dalam servis mereka.
  4. Pengalaman mereka.

Tugas orang-orang seperti Remy adalah untuk mencari seramai mungkin Freelancer dan bandingkan harga mereka. Senaraikan apa nilai tambah dalam servis mereka dan analisa pengalaman mereka. Jangan buat keputusan terburu-buru.

Yang paling penting ialah Remy perlu tentukan dahulu ialah:

  1. Berapa anggaran budget Remy
  2. Beri freelancer contoh laman web yang diinginkan.

Kadang-kadang, orang seperti Dahlan tak perlukan laman web yang hebat sangat pun. Tapi, disebabkan Dahlan tak terangkan dengan betul, maka expectation Remy melonjak tinggi lalu memberikan harga yang mahal.

Harus diingat: Harga laman web murah tak bermakna kualitinya tak bagus, tapi kalau mahal sangat pun belum tentu hasilnya hebat.

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.