skip to Main Content
Menjadi Tetamu Pensyarah Di UKM

Menjadi Tetamu Pensyarah di UKM

Aku telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam membangunkan Kapasitor sebagai satu social network. Terima kasih kepada En Latif kerana sudi menjemput, menjamu dan memberi peluang untuk aku. Untuk kelas Keusahawan Media ni, aku diberitahu yang sebelum aku masuk, beliau menjadikan artis tersohor Malaysia sebagai topik perbincangan. Owsem!

Kalo aku kat kelas dulu, mmg pening la mengadap koding kat dalam command promt.

Feedback daripada kelas adalah bagus. Berbanding dengan sessi yang sama yang pernah aku buat di ASWARA, kelas kali ni nampak lebih eager dan bersemangat untuk tahu dengan lebih lanjut. Bila aku tanya diorang tentang beberapa perkara asas dalam media online (contoh: advertorial, creative commons) jawapan diorang tidak menghampakan. Mungkin sebab kelas ni siang berbanding yang aku buat di ASWARA dulu adalah malam.

Pun begitu, terima kasih kerana memberi perhatian. Maaf kalo ada tersalah dan terkasar bahasa. Sekali lagi, terima kasih kepada en Latif kerana sudi menjemput 😉

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search