X
    Categories: Tutorial

Owncloud

Banyak pengajaran berguna yang aku dapat masa install, config & support owncloud ni untuk client aku. Antaranya adalah:

1. JANGAN usik file @ folder kat server secara manual. Kalo nak delete atau rename atau edit, guna webUI ataupun sync folder. Client aku request untuk uploadkan on behalf dia gunakan cara manual; maksudnya pegi bukak explorer dan copy paste daripada thumbdrive dia. Sudahnya? Problem gile babi.

2. JANGAN usik database.

3. JANGAN OFF App File Version

4. JANGAN Guna drive C:/ untuk store data. Nanti data dah besar sangat leceh nak tukar.

5. TAK DIGALAKKAN modify theme Owncloud. Pakai je original (sebab aku tak pandai nak modify, maka banyak javascript. Tapi kalo korang pandai tak pe)

Conclusion: Owncloud walaupon dah version 6 tapi masih banyak bug dan error pelik-pelik. Sila pastikan anda mempunyai support team yang dedicated jika nak deploy Owncloud kepada client korang.

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.