skip to Main Content

Pam kemaskini jaringan sosial ke satu tempat – Blog!

Ada blog sendiri dgn guna nama sendiri tapi tak rajin kemaskini adalah benda yg tak sepatutnya. Tapi disebabkan kebelakangan ni aku memang sibuk dgn urusan dunia maka aku dh byk kali abaikan blog ni
Alasan untuk aku tetap guna Fesbuk ialah kerana banyak benda Kapasitor kat dalam tu dan hubungan dgn kawan-kawan kat dalam tu.

Alasan untuk aku tetap guna Twitter ialah aku perlukan kemaskini politik, idea2 & panduan berguna drpd sumber2 yg meyakinkan.

Tapi kadang2 aku perlukan ruang utk aku keluarkan idea drpd otak. Mungkin pandangan aku atas isu2 tertentu. Mungkin gambar anak2 aku membesar.

So, aku guna ifttt utk:
1. Post blog hantar ke Twitter
2. Gambar Instagram masuk ke blog (otomatiknya masuk ke Twitter)

Setakat ni tu je dulu sementara menunggu ayah kat Hospital Sg Buloh ni.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search