X

Pembangunan Wanita dalam Program PEAK

Secara peribadi, saya rasa wanita di Malaysia adalah makhluk yang beruntung. Ini kerana, di negara ni terdapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat & Jabatan Pembangunan Wanita. 2 entiti ini memastikan golongan wanita mendapat kebaikan dan sokongan dalam kehidupan. Itu belum masuk persatuan, NGO dan organisasi yang lain. Bersepah.

Yang saya nak cerita kali ini adalah satu organisasi khas untuk pembangunan wanita yang dinamakan MYWIN Academy.

Apakah MYWIN Academy?

MYWIN Academy adalah organisasi yang bertanggungjawab bagi menjana pemikiran kreatif & inovatif di kalangan wanita. Dengan motto “Innovation Powered by Women”, program-program & aktiviti mereka memberi penekanan pada aspek pembangunan, kepimpinan, mentorship dan pembelajaran melalui pengalaman.

MYWIN Academy banyak menjalankan program-program yang direka khas untuk pembangunan wanita. Salah satu program mereka ialah PEAK.

Apakah PEAK?

PEAK (Performance Empowerment Acceleration Knowledge) adalah program bagi memantapkan wanita-wanita di Malaysia. Terdapat 2 sub-program untuk anda:

  1. Program Kepimpinan Sosial (Social Leadership). Bagi membentuk dan mempersiapkan para peserta dalam menggalas cabaran dalam kepimpinan sosial.
  2. Program Enterpreneurship (Keusahawanan). Bagi memantapkan para peserta dalam dunia keusahawanan.

Bagaimana PEAK membantu pembangunan wanita?

PEAK adalah program yang lain daripada yang lain. Setiap peserta diwajibkan menjalani aktiviti dan lecture dalam 4 kluster berasingan. Peserta tidak ditamukan dengan lecture buang masa semata-mata. Tetapi, mereka wajib melaksanakan aktiviti mereka secara individu mahupun berkumpulan.

Berminat menyertai PEAK?

Jika anda berkelapangan pada hari Jumaat ini (12 Ogos 2016), apa kata luangkan masa anda ke PEAK Fair. Bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi hingga ke 5 petang. Anda dijemput untuk berkenalan dengan bekas graduate PEAK. Mereka akan berada di sana untuk berkongsi dengan anda bagaimana program PEAK ini mengubah kehidupan (hampir kesemua) mereka.

Selain itu, ada juga gerai jualan dan komuniti servis daripada mereka.

P/S: Jika anda rasa saya sembang bikin bimbang, pergilah dengar dan rasa pengalaman dan maklum balas mereka tentang program PEAK ini. Saya yakin anda pasti goyang.

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.