Aku hadir ke masjid alHidayah di Sg Punchala untuk majlis Qurban. Inilah pertama kali aku datang ke acara menyembelih lembu qurban.
Sungguh hebat. Kagum dengan petugas-petugas & para sukarelawan. Aku yg tak tau apa ni sekadar duduk tepi tengok je..
Pengajaran:
1. Lembu yg tak ada dosa pon sungguh sengsara di saat2 akhir nyawanya. Kita nanti entah macam mana?
2. Kalo ahli kariah sesuatu tempat tu bersatu.. kerja berat menjadi ringan. 14 ekor lembu selesai sembelih dalam 30 minit je.
3. Hormatlah haiwan sembelihan kerana diorg confirm masuk syurga. Jangan la ditarik tali sampai terjerut lehernya & janganlah disepak lembu tu.
4. Qurban tahun depan insya allah mahu beri lebih banyak drpd tahun ni. Semoga dijauhkan drpd sifat sayang harta & duit. Amin..
-dihantar menggunakan WordPress untuk Android