X
    Categories: Bebel

Pesanan buat graduan yang belum mendapat kerja

Membaca laporan http://t.co/jPpjAIEu tentang kadar pengangguran di Malaysia menakutkan aku. Aku kongsi dengan korang apa yang aku buat dulu:

1. Aku dalam kategori extend belajar (extend setahun), gamer yang sangat tegar & grade tak bagus. Penguasaan english lemah, rambut kembang, personaliti tak menarik serta hodoh. Dari luar nampak seperti pakej yang terbaik untuk menjadi penganggur kan?

2. Alhamdulillah, sebelum aku grad aku dah pun bekerja. Sebabnya:

i. Zaman aku kat mmu aku dah mula buat programming web. Beberapa web intranet bongok2 yang aku buat dulu merupakan antara portfolio aku bila pegi temuduga kerja #1. Masa aku pegi temuduga ni, aku bersaing dgn beberapa member2 aku yang dah grad, personaliti yg lebih baik, hensem, rambut berminyak dan grade lebih bagus. Aku beat diorg semua dan alhamdulillah dapat kerja.

ii. Aku ada Kapasitor sebagai portfolio yang cukup kuat untuk aku tunjuk masa temuduga. Kapasitor ni aku mula buat sejak dari tahun pertama aku kat Cyberjaya (2001).

iii. Dulu aku berlatih flash kat web intranet. Animation & actionscript aku apply kat situ. So bila aku interview utk kerja #2, aku tunjuk skill aku dlm actionscripting & animation. Alhamdulillah, dapat kerja.

Iv. Dulu aku kat rumah xde internet. So, bila aku balik rumah aku x kluar lepak merambu tak tentu hala. Mintak mak aku buatkan air panas segelas kemudian duduk dlm bilik sambung buat Kapasitor. Esoknya sampai opis upload ke server aku.

v. Buat freelance banyak2 jangan malas. Masa aku buat Final Year Project dulu.. aku buatkan FYP utk 3 projek yang lain serentak.

3. Maka, jadikan masa lapang korang sebagai persediaan untuk dunia kerjaya. Jangan banyak merambu tak tentu hala. Kuatkan skill kerjaya korang tu. Tak tau buat kerja takpe sebab boleh belajar. Kalau skill nak buat kerja tak ada.. memang masalah le.

-dihantar menggunakan WordPress untuk Android

UPDATE: Mungkin korang berminat nak tengok Siri Mengimbau Kisah Silam aku

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.