Pindah Rumah
Berpindah rumah memang la satu aktiviti yang memenatkan dan menyakitkan badan. Sebagai contoh: aku dah seminggu sakit belakang dan memerlukan rehat yang panjang. Kebetulan pula, pindah rumah ni berlaku pada weekend panjang Tahun Baru Cina 2014. Maka, ada la masa rehat yang sedikit panjang.
Yang paling banyak berjaya dalam aktiviti pindah rumah ni adalah MyVi. Bila turunkan seat belakang, terasa macam naik MPV pulak. Dapat la angkut beberapa trip barang kecik-kecik kat rumah tu.
Lihat, betapa gagahnya MyVi ini!
Maka, aku sekarang sudah menjadi warga Saujana Utama. Kalau ada sesiapa yang sudi melawat aku di hujung dunia ni, jangan segan silu call aku dulu ya?