Professional Certificate in Applied Machine Learning
Sepanjang bulan Oktober 2022, hujung minggu aku dipenuhi dengan kelas online Professional Certificate in Applied Machinge Learning yang dikelolakan oleh Institute of Continuing Education & Professional Studies UITM.
Sedikit info untuk program ini:
Syarat kelayakan
- Untuk 18 tahun dan ke atas.
- Terbuka kepada bumiputera
Mode Pembelajaran
- Sesi pembelajaran online menggunakan Webex
- 8 module, 2x seminggu (sabtu & ahad)
- 9am – 1pm
Sijil Professional ni sesuai untuk individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Artificial Technology. Maka, disebabkan ini antara persiapan perancangan hari aku, maka haruslah dengan segera menyertai program sebegini. Antara perkara yang akan dipelajari adalah:
- Basic dalam Python programming untuk Machine Learning
- Libray yang digunakan (Numpy, Pandas, Keras, Pytorch etc)
- Supervised vs Unsupervised Machine Learning
- .. dan macam-macam yang berkaitan.
Secara keseluruhannya, program ini adalah sangat baik & menyeluruh. Cuma, oleh kerana kebanyakan module pembelajaran adalah dalam bentuk teknikal & programming.. maka, ada beberapa hiccups yang berlaku dalam beberapa sesi. Secara umumnya, saya cadangkan para pengajar lebih bersedia untuk isu-isu teknikal seperti Limited Resources dalam Google Colaboration dan juga versi yang berbeza dalam penggunaan Anaconda, Orange dan lain-lain bagi mengelakkan masalah dalam penggunaan library.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Terima kasih & mohon halalkan ilmu yang diberikan di sepanjang program berjalan.
Tabik kepada barisan para pengajar:
Ir. Ts. Abdul Malek Saidina Omar
Ir. Ts. Dr. Samsul Bin Setumin
Ts. Adi Izhar Che Ani
En. Mohd Ikmal Fitri Maruzuki