Seorang sahabat lama dari agensi Amazing Life Group menghubungi aku untuk membuat sedikit pengisian dalam program Program Kickstart 2023 agensi beliau. Maka, demi tidak menghampakan beliau maka aku pun bersetuju.
Tiktok Promote
Tajuk yang aku pilih adalah Tiktok Promote. Tajuk ni aku pilih selepas berbincang dengan beliau tentang apa yang agensi beliau perlukan. Aku ni tidaklah tahu banyak sangat tentang Tiktok tapi untuk Paid Ads insya Allah aku tahu sedikit sebanyak.
Sesi yang sepatutnya 30minit berlarutan sehigga 40minit. Untuk sesi ini, aku ada sediakan slide untuk membantu penerangan aku kepada agensi ni.
Tiktok Promote ni menarik sebab cara penggunaannya sangat mudah. Aku ada share juga cara-cara macam mana nak perhalusi Audience Segment dan juga macam mana nak mengkaji Target Audience menggunakan teknik reverse engineer di Facebook Ads.
Reverse Engineer Facebook Ads
Kalau korang nampak Ads di Facebook tu, boleh aje korang cuba untuk tahu apa yang digunakan oleh advertisers lain di Facebook. Maka, teknik reverse engineer ni sangat membantu terutamanya bagi korang yang tak tahu macam mana nak target audience dengan lebih berkesan.
Download Slide
Kalau korang nak tengok slide aku, boleh download secara percuma.
Slide Tiktok Promote - Program Kickstart 2023 bersama Amazing Life Group (668 downloads )
Terima kasih Ofilia kerana mengundang & token yang diberikan. Semoga perkongsian tersebut bermanfaat.