X
    Categories: Solat

Solat sunat Awwabin

Pengertian solat sunat Awwabin

Solat sunat Awwabin adalah solat sunat yang dikerjakan antara waktu Maghrib dengan Isyak. Solat ini boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga tiga (3) kali solat. ( Enam rakaat dengan tiga salam). Solat ini dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib.

NOTA: Harus dipesankan di sini bahawa solat ini hendaklah dilakukan tanpa ada ‘bercakap-cakap’ selepas fardhu Maghrib.

Kelebihan

Kelebihan Solat sunat ini adalah bertujuan memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa. Perkataan ‘Awwabin’ sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Ia juga dikenali sebagai Solat Sunat ‘Hifzul Iman’ (memelihara iman) maka adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hifzul Iman.

Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.

Cara solat sunat Awwabin

Niat

“Aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala”

  1. (Solat Pertama) Membaca al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas enam (6) kali, surah al-Falaq sekali, dan surah an-Nas sekali pada rakaat yang pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.
  2. (Solat Kedua) Membaca al-Fatihah diikuti surah yang dikehendaki pada rakaat yang pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.
  3. (Solat Ketiga) Membaca al-Fatihah diikuti dengan surah al-Kafirun sekali pada rakaat pertama, dan surah al-Ikhlas sekali sesudah al-Fatihah pada rakaat kedua kemudian disudahi dengan salam.

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Falaq

Surah An-Nas

Rujukan

Panduan ini diambil dari:

  1. Panduan Solat Sunat Universiti Sultan Zainal Abidin. Boleh terus muat turun dan letak di rumah.
  2. Shafiqolbu

Kembali ke senarai solat sunat dan cara mengamalkannya

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.