skip to Main Content
Solat Sunat Tahajjud

Solat sunat Tahajjud

Pengertian solat sunat Tahajjud

Solat sunat pada waktu malam sesudah bangun dari tidur walupun sekejap (terlelap). Waktunya adalah selepas Isyak sehingga Subuh. Masanya yang lebih afdal adalah selepas 2/3 malam.

“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk solat tahajjud, sebagai solat sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik”
Surah: al-Israa’, ayat: 79

Kelebihan solat sunat Tahajjud

  1. Jauh Daripada Semua Penyakit
  2. Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah
  3. Dikasihi Oleh Semua Manusia
  4. Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)
  5. Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)

Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit

— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A

Cara solat sunat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Niat

niat-solat-sunat-tahajjud

Aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Surah-surah untuk dibaca

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Kafirun

Doa selepas solat

“Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi . BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu adalah benar. Dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, dan nabi Muhammad saw adah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

Istighfar selepas doa

Ada dua pilihan untuk beristighfar selepas membaca doa iaitu:
1. Istighfar yang biasa:
istighfar-selepas-doa-1

“Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya”

2. Atau, istighfar yang lebih lengkap dari Rasulullah s.a.w

istighfar-selepas-doa-2

“Ya Allah, Engkau tuhan kami, tiada tuhan melainkan Engkau, yang telah menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami mohon perlindunganMu daripada kejahatan apa saja yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa kami, kerana itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada yang memberi pengampunan kecuali Engkau”

Sambung tidur

Setelah selesai, berbaringlah di tempat tidur, sambil membaca ayat kursi, kemudian surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.

Rujukan

Panduan ini diambil dari

    1. Panduan Solat Sunat Universiti Sultan Zainal Abidin. Boleh terus muat turun dan letak di rumah.
    2. shafiqolbu

Kembali ke senarai solat sunat dan cara mengamalkannya

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search