Solat sunat Tarawih
Pengertian solat sunat Tarawih
Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat sunat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan dan dilakukan dalam bulan Ramadan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).
Cara solat sunat Tarawih
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
Muat turun panduan solat sunat ini. Senang & simple untuk dilakukan.
Surah untuk dibaca
Surah Al-Takasur
Surah Al-Humazah
Rujukan
Panduan ini diambil dari
- Panduan Solat Sunat Universiti Sultan Zainal Abidin. Boleh terus muat turun dan letak di rumah.
- shafiqolbu
Kembali ke senarai solat sunat dan cara mengamalkannya