X
    Categories: Solat

Solat sunat Tarawih

Pengertian solat sunat Tarawih

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat sunat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan dan dilakukan dalam bulan Ramadan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

Cara solat sunat Tarawih

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

Muat turun panduan solat sunat ini. Senang & simple untuk dilakukan.

Muat Turun  
 

Surah untuk dibaca

Surah Al-Takasur

Surah Al-Humazah

Rujukan

Panduan ini diambil dari

  1. Panduan Solat Sunat Universiti Sultan Zainal Abidin. Boleh terus muat turun dan letak di rumah.
  2. shafiqolbu

Kembali ke senarai solat sunat dan cara mengamalkannya

Ts. Johari Rahmad: Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital. Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya. Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.
Related Post

This website uses cookies.