skip to Main Content

Bagaimana membaca emel syarikat anda di dalam Gmail?

(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)

Adakah syarikat anda bekerja atau webhosting anda menggunakan webmail CPANEL? Selalunya, jika laman sesawang syarikat anda menggunakan Linux, kebarangkalian anda menggunakan webmel CPANEL adalah tinggi kerana CPANEL merupakan perisian yang selalu digunakan oleh syarikat pengehosan web (web hosting).

Masalah timbul apabila anda jarang membuka emel syarikat anda ini. Pada masa yang sama pula, anda membuka Gmail sentiasa sebab selalunya ada banyak nilai tambah (contoh: boleh chatting) tapi webmel syarikat cuma ada (sekadar) emel saja.

Dan mungkin pula ada staff @ pekerja anda yang gemar memberi alasan lapuk: Saya tak tahu la hari ni ada meeting atau Saya tak dapat pun emel encik. Jika staff @ pekerja anda sering memberi alasan sebegini, sila beri tutorial ini kepada mereka.

Tutorial ini akan mengajar anda bagaimana membaca emel webmel syarikat anda di dalam Gmail.

Sudah bersedia?

Read More

Bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail?

(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)

Tutorial ini akan memudahkan urusan kerja anda terutamanya kerja-kerja yang melibatkan emel. Jika anda hanya menggunakan satu emel dalam segala urusan kerja anda maka tidak mengapa. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai banyak emel (satu emel untuk kegunaan peribadi, satu untuk kegunaan kerja satu emel lagi untuk kegunaan skandal) maka pasti anda jenuh nak login satu persatu setiap emel itu, betul?

Jangan risau! Saya ada cara untuk memudahkan kerja anda dengan bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail.

Read More
Back To Top
×Close search
Search