Baru-baru ini aku dapat permintaan daripada seorang rakan sekerja untuk mencarikan aku satu perisian alternatif bagi menggantikan Microsoft Outlook. Aku teringat kepada satu perisian yang pernah aku gunakan sebelum ni iaitu Thunderbird.
Thunderbird adalah klien emel alternatif kepada Outlook. Kalau Outlook tu Microsoft yang buat, maka Thunderbird ni Mozilla yang buat. Apa yang bagusnya Thunderbird ni sebenarnya adalah tambahan (add-ons) yang banyak. Ada beribu-ribu tambahan yang boleh dimuat turun di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/thunderbird/
Ok, mari teruskan dengan tatarajah kita!
1. Muat turun Thunderbird di sini: http://www.mozilla.org/en-US/thunderbird/
2. Kemudian pasang (install) perisian tersebut.
3. Gunakan tatarajah di bawah bagi menambah akaun emel anda.
Sila ambil perhatian bahawa tatarajah emel di atas adalah bagi emel yang dibuat menggunakan CPANEL. Sila hubungi pegawai IT anda untuk maklumat lanjut. Jangan mesej saya kerana saya bukan pegawai IT anda ya? 😉