Memahami SEO menggunakan WordPress
Sepanjang program #er360, saya berhadapan dengan usahawan-usahawan yang bertanya soalan-soalan berikut:
- Macam mana nak buat orang jumpa website saya?
- Saya pergi seminar tentang website, tapi tak paham tentang kepentingan “keyword”
- Nak keluarkan website saya kat 1st page google macam mana?
Semua ini, berbalik kepada satu term yang penting dalam website iaitu: Search Engine Optimization (SEO). SEO adalah sesuatu yang SANGAT TEKNIKAL dan bukanlah mudah untuk difahami terutamanya jika usahawan-usahawan TIADA/KURANG PENGETAHUAN TEKNIKAL. Setuju?
Memahami SEO
Anda memerlukan pembacaan dan kefahaman yang tinggi dalam selok- belok search engine untuk faham tentang SEO. Ada banyak artikel di luar yang akan menceritakan kepada anda kepentingan SEO dan pelbagai cara dan teknik untuk menghasilkan content/isi kandungan yang mempunyai kualiti SEO yang bagus. Tapi, anda sebagai usahawan akan menghadapi masalah dalam memahami konsep SEO ini dek kerana sukar untuk memahaminya. Sebab itu saya sanggup potong kuku bahawa: 90% usahawan tidak faham tentang SEO.
Berkongsi sedikit cerita daripada seorang usahawan. Beliau menyertai satu kursus tentang website. Syllabus yang diajar adalah SEO. Apabila diajar tentang SEO, ramai peserta yang sebenarnya tidak faham tentang SEO tapi malu untuk bertanya.
Sudahnya, peserta yang datang hilang peluang untuk memahami SEO padahal ini adalah salah satu elemen penting untuk website. Mesti sebab malu nak bertanya kan?
TRAINER: bla bla bla.. itulah dia konsep SEO. Senang kan?
USAHAWAN: *Senyum
TRAINER: bla bla bla… keyword, bla bla bla.. ranking. Faham tak?
USAHAWAN: *Senyum
Oleh itu, saya tunjukkan di sini bagaimana untuk lebih memahami tentang SEO.
Anda memerlukan:
1. WordPress
2. Yoast SEO WordPress Plugin
Selepas install WordPress dan Yoast SEO WordPress Plugin, sila rujuk screenshots di bawah. Saya menggunakan satu artikel dan kemudian saya olah semula mengikut keperluan SEO. Keyword yang saya guna adalah Peria Katak. Sila rujuk post ini untuk mendapatkan teks keseluruhan.
Basically, ada 2 tab yang perlu anda fokus iaitu tab General dan tab Page Analysis. Pastikan tiada merah dan semua hijau.
Semoga guide ini membantu anda memahami SEO dengan lebih baik.
Disclaimer
Tujuan artikel ini adalah bagi mendidik usahawan memahami SEO. Teknik ini TIDAK menyelesaikan masalah SEO anda. Bagi mendapatkan faktor-faktor lain dalam SEO, sila berhubung dengan agensi / pakar untuk tujuan konsultasi.